BEKOK-tempat perkelahan yang menarik…

<!– @page { size: 8.5in 11in; margin: 0.79in } P { margin-bottom: 0.08in } –>

untitled

Untuk post yang pertama, saya nk buat review tentang satu kawasan perkelahan air terjun yang terletak di chaah, segamat, johor. Tempat ini lebih dikenali sebagai kawasan air terjun bekok.

Kawasan air terjun bekok ini terletak kira satu jam perjalanan daripada parit raja, batu pahat johor. Jika anda menggunakan lebuhraya utara-selatan pula, anda perlu keluar melalui susur keluar ke ayer hitam dan mengambil jalan yang menghala ke yong peng. Keadaan jalan untuk kesana pula adalah berkeadaan elok. Senang cakap, mudah la kalo nak g nek keta… mesti korang sume risokan, xtau nk letak keta n moto katne kan… aha… korang jangan riso, sebab pihak pentadbiran hutam simpan ni ada menyediakan tempat letak kenderaan yang baik.

Berdekatan dengan tempat letak kenderaan ini, terdapat beberapa gerai yang menjual makanan ringan, kelengkapan mandi-manda, dan cederahati. Pemandang yang hijau sangat menyejukkan mata dan pasti akan membuatkan anda sume terlupa seketika tentang masalah atau hiruk pikukkota yang sangat memningkan kepala.

Keadaan airnya juga jernih dan sangat sejuk, bermandi-manda disini sangat menyegarkan badan. Disini juga ada disediakan kawasan untuk mengadakan perkhemahan ataupun berkelah sambil berbbq. Saya berani jamin yang anda tidak akan rugi jika datang berkunjung disini.

Advertisements

Leave a comment »

hye sume….

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua…
Blog ni baru shj saya wujudkan, kalo orang banjar kata, “hanyar lagi..” saya bercadang nk berkongsi dgn anda semua tentang tempat2 menarik dan best untuk dilawati. Senang cakap dalam blog ni, saya akan cuba membuat preview tentang tempat-tempat pelancongan yang menarik diseluruh Malaysia. Oleh itu saya sangat-sangat berharap supaya para pembaca semua dapat menrima dan menyokong blog ‘ayuhak bajalanan’ ini…

Leave a comment »